JENIS-JENIS FITNAH DALAM ISLAM
1. Fitnah Syubhat
Syubhat bererti samar-samar atau tidak jelas. Dalam fitnah syubhat,
seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkara
ma’ruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia
hindari (dikerjakan). Fitnah syubhat merupakan fitnah paling berbahaya kerana
kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan
hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji. Contoh-contoh
fitnah syubhat ialah kekafiran, kemunafikan, dan bid’ah penyebab perpecahan.
Rasulullah SAW amat risau tentang fitnah syubhat, sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda yang
ertinya;
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat
mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang
menyesatkan.”(H.R.Ahmad).
2. Fitnah Syahwat
Fitnah syahwat merupakan perbuatan yang dapat melemahkan dan
mengikis iman seseorang disebabkan oleh hawa nafsu. Mereka yang
terkena fitnah syahwat biasanya malas untuk beribadah serta tidak segan
melanggar perintah Allah dan mengerjakan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan
oleh hawa nafsu beserta dan hasutan dari iblis yang sentiasa mengiringi dan
membuat iman semakin lemah.
Umumnya, fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan
dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu.Allah SWT berfirman
yang ertinya;
“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa
yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari
jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik
(syurga).” (Q. S. Al-Imran: 14).
JENIS-JENIS FITNAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG
1. Libel
Libel adalah sebarang penerbitan yang kekal yang ditujukan kepada
mata. Fitnah tersebut dalam bentuk kekal seperti fitnah dalam bentuk penulisan,
lukisan, gambar-gambar, patung-patung, bahan-bahan bercetak dan sebarang contoh
yang melibatkan deria penglihatan.
2. Slander
Slander adalah fitnah dalam bentuk sementara dan lazimnya merujuk kepada
fitnah dalam bentuk lisan seperti percakapan mahupun perbualan. Fitnah dalam
bentuk slander dikatakan melibatkan deria pendengaran. Namun begitu bukan semua
yang didengar itu adalah slander memandangkan dalam Akta Fitnah 1957, siaran
radio dianggap sebagai fitnah berbentuk kekal atau libel.
No comments:
Post a Comment