Rasulullah S.A.W merupakan suri tauladan
yang terbaik buat seluruh umat Islam di dunia ini. Baginda mempunyai peribadi
yang sangat mulia serta banyak keperibadian baginda yang boleh diterapkan dalam
diri dan kehidupan seharian kita. Fitnah sudah mula terjadi pada zaman Rasulullah
dan sahabat-sahabat baginda. Baginda juga pernah difitnah berkali-kali dan
fitnah yang dilemparkan terhadap baginda adalah sangat berat. Isteri baginda
iaitu Siti Aisyah R.A juga tidak terlepas dari menjadi mangsa fitnah masyarakat
pada zaman itu. Namun, baginda tidak pernah menyimpan dendam dan baginda
menghadapi fitnah-fitnah tersebut dengan tenang berlandaskan ajaran Islam
seperti di dalam Al-Quran dan Hadis.
Banyak cara Rasulullah S.A.W menghadapi
fitnah dari segi Islam. Antaranya ialah, hindari tuduhan
yang bersifat prasangka adalah sesuatu yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. Masyarakat
terutamanya para pemimpin juga harus menyadari bahawa prasangka seperti itu
akan menjadi pusat perhatian bagi lawan mahupun kawan. Oleh itu, kita perlu berusaha semampu mungkin
untuk menghindari tempat-tempat atau hal-hal apa pun yang bisa menimbulkan pelbagai
prasangka buruk
.
Seterusnya,
janganlah menerima sesuatu isu bulat-bulat dengan begitu sahaja tanpa ada bukti atau sokongan
yang kukuh. Apa-apa berita yang tidak diperkuatkan dengan bukti haruslah
ditolak oleh setiap umat Islam. Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Al-Quran,
“Mengapa mereka(yang menuduh itu)tidak mendatangkan empat orang saksi atas
berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka
mereka itulah di sisi Allah adalah pendusta.” (QS. An Nur, 24:13).
Di samping itu, kita perlulah menimbang secara teliti dalam menilai kesahihan sesuatu
isu yang dibangkitkan. Caranya ialah dengan membandingkan isu yang berkembang
dengan kenyataan yang ada pada diri anda sendiri. Oleh yang demikian, pastilah
anda akan tetap mempercayai teman anda itu seperti anda mempercayai diri anda
sendiri. Cara menimbang seperti itu diakui dan dipuji oleh Al-Quran iaitu
berkenaan dengan satu perbincangan antara Abu Ayyub Al Anshari dengan isterinya,
Ummu Ayub Ra. Wanita itu berkata,
”Tidaklah kamu mendengar apa yang dikatakan orang mengenai Aisyah?
“Ya, tapi itu bohong,” jawab si suami, “Apakah kamu melakukannya
juga, hai ummu Ayyub?”
“Tidak, demi Allah,”kata si istri, “Mengapa aku harus meniru
orang-orang itu?”
“Abu Ayyub menegaskan, “Demi Allah, Aisyah itu lebih baik darimu.”
(Ibnu Hisyam, (As Sirah An Nabawiyah, II/303).
Selain itu,
janganlah sesekali membiarkan hawa nafsu untuk ikut campur dan berperang dalam
tersebarnya khabar bohong. Jika kita menurut hawa nafsu sama saja seperti kita
menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kesesatan. Al Muqrizi pernah
meriwayatkan tentang dialog yang dilakukan oleh Zainab(isteri Rasulullah)
dengan Rasulullah SAW, di mana isteri yang baik budi itu mengatakan kepada
suaminya, “Terpeliharalah kiranya pendengaranku dan penglihatanku. Aku tidak
melihat pada Aisyah kecuali yang baik-baik saja. Demi Allah, aku tak pernah
mengajaknya bicara dan aku memang benar-benar mendiamkannya, tetapi aku hanya
mengatakan yang benar.” (Imta’ul Asma’ 1/208). Sedangkan pada saat itu antara
Zainab dan Aisyah sering terjadi persaingan untuk menarik hati Rasulullah S.A.W.
Namun, hal itu tidak membuatkan Zainab iri hati dan memperturutkan hawa
nafsunya dengan memburuk-burukkan atau berkata yang tidak benar tentang Aisyah.
Akhir sekali, janganlah membalas berita bohong dengan berita bohong yang lain
dan janganlah membalas isu yang dusta dengan isu lain yang serupa. Orang yang difitnah
itu pula hendaklah mampu menahan diri dari sifat marah atau berdendam.
Maksudnya, jangan membiarkan lidahnya berbicara sesuatu yang boleh melanggar kehormatan
orang lain sekalipun orang lain itu telah menganiaya dirinya sehinggalah
terbukti dirinya benar dan tidak bersalah. Inilah sikap yang sangat penting
yang perlu diterapkan dalam diri mangsa fitnah itu.
No comments:
Post a Comment