Pada era globalisasi ini, isu fitnah semakin berleluasa sejajar
dengan kemajuan teknologi dan ekonomi di negara kita. Fitnah merupakan satu
perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh setiap agama kerana ia akan
menimbulkan pergaduhan dan ketidaksefahaman antara pihak yang terlibat.
Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu
atau fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan
atau berbisik antara seseorang atau seseorang yang lain. Menggunakan medium
komunikasi moden seperti menggunakan media massa samada melalui berita, akhbar,
radio, televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah juga boleh dikembangkan
antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan
atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yag terlibat aktiviti
berfitnah.
Banyak firman Allah dalam Al-Quran dan hadis yang menyatakan
tentang fitnah dan keburukannya. Antara firman Allah yang menyatakan tentang
fitnah ialah:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab
kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang
kamu lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Dengan firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang
disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya
dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini
kerana dapat mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau
ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang
sangat besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam
melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah kerana kesan fitnah
adalah sangat buruk sehingga boleh memudaratkan dan memberi impak yang sangat
besar kepada seseorang individu, keluarga, masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment