Fitnah bukan sahaja merupakan perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Namun, penyebaran fitnah menerusi internet kini telah menjadi satu fenomena baru yang mendatangkan banyak keburukan kepada pelbagai pihak seperti terhadap individu, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
1. Individu
Orang yang melakukan fitnah biasanya hanya mementingkan kepuasan
diri sendiri tanpa memikirkan keburukan yang akan memberi kesan kepada orang
lain pada hari mendatang. Nama baik dan air muka seseorang individu
boleh tercemar atau tercalar apabila wujudnya fitnah yang dilemparkan terhadapnya
dan boleh membawa kepada keaiban. Hal ini akan menyebabkan wujudnya rasa
kebencian dan permusuhan oleh orang lain terhadap mangsa fitnah tersebut. Oleh
itu, individu tersebut bukan sahaja akan berdepan dengan cercaan dan pandangan
serong malah reputasi dan kredibilitinya juga akan dipertikaikan.
Selain itu, fitnah secara tidak lansung boleh menyebabkan seseorang
mangsa mengalami tekanan emosi dan masalah psikologi apabila timbul stigma,
pandangan negatif dan prejudis terhadapnya. Tanpa iman dan semangat yang kuat
dan kental, seseorang itu pasti akan dicengkam dengan rasa sedih dan murung
yang melampau sehingga melarikan atau menyepikan diri dari masyarakat. Jika
keadaan lebih teruk, mangsa mungkin mengalami agoraphobia, iaitu sejenis
masalah apabila penghidapnya mengalami rasa takut yang melampau untuk berada di
tempat awam atau terbuka.
Di samping itu, fitnah juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa
dan pekerjaan atau sumber rezeki individu berkenaan akibat hilang kepercayaang
orang sekeliling yang terlalu percaya akan fitnah yang tersebar itu.
2. Keluarga
Perbuatan fitnah juga akan menyebabkan sesebuah keluarga sukar
untuk saling memahami antara satu sama lain kerana berlakunya salah faham.
Hubungan kekeluargaan juga akan sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram dan
sentiasa berbolak-balik. Ini secara tidak lansung akan menyebabkan timbulnya
perasaan dendam dalam diri mereka dan mendorong kepada pergaduhan atau
pertelelagahan.
Kesan terhadap individu juga akan memberi impak yang sangat besar
terhadap hubungan kekeluargaan seperti tercetusnya masalah rumah tangga
sehingga mengakibatkan penceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang
tersebar. Ini juga akan memudaratkan keluarga itu sendiri kerana berlakunya
kekasaran dan pukul-memukul antara suami isteri sehingga memberikan tekanan
kepada anak-anak khususnya yang masih kecil.
3. Masyarakat
Fitnah ialah satu perkara besar yang boleh
merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya
merugikan seorang dua, malah menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta
hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan
masyarakat.
Apabila ukhuwah serta semangat persaudaraan
luntur, maka lenyap dan runtuhlah kebahagiaan dan kemanisan hidup
bermasyarakat. Oleh itu, hilanglah sifat permuafakatan dalam kalangan
masyarakat dan berkuranglah amalan kemasyarakatan antara mereka yang telah
dipupuk sejak azali lagi. Kehidupan bermasyarakat mereka juga akan huru-hara
dan porak peranda akibat permusuhan.
4. Negara
Fitnah juga mampu menngancam keselamatan
negara apabila nama baik negara terjejas. Anasir-anasir fitnah yang berleluasa
mampu menyebabkan keseimbangan dan keselamatan negara tergugat lantas
mencetuskan pergolakan. Apabila salah
faham akibat fitnah timbul seperti timbulnya provokasi sentimen perkauman dan
keagamaan, suasana yang genting boleh mencetuskan peperangan dan pertumpahan
darah. Di samping kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah
juga boleh menjatuhkan ekonomi negara. Kesannya ialah mewujudkan sentimen anti
sesebuah negara serta membentuk persepsi palsu dan negatif. Hal ini mampu
memberikan impak kepada sektor ekonomi sesuatu negara.
Keburukan dan persepsi negatif ini boleh
menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah negara itu. Selain
itu, fitnah juga akan memberi tempias kepada sektor pelancongan sesebuah negara
malah boleh membawa kepada pemboikotan produk atau barangan dari sesebuah
negara itu. Akibatnya, ekonomi negara akan menjadi lumpuh.
5. Agama
Penganut agama Islam akan rasa takut dengan
balasan dosa dan azab seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis.
Namun, penganut agama lain akan memandang serong terhadap agama Islam dan
seterusnya hilang rasa hormat akan agama Allah ini akibat daripada budaya
fitnah yang berleluasa dalam kalangan umat Islam pada masa kini. Akhir sekali,
penghinaan dan penindasan kepada umat Islam akan terjadi dengan lebih ekstrem.
Thankyou for the information.love it!☺️
ReplyDeletethank you for this essay , iloveit
ReplyDeleteHa kantoi nk tiru ni utk esei bm stgi
ReplyDeleteJgn bgtau😂😂
DeleteHahahhaha
Deleteshushhh HAHAHA
DeleteTgh salin ni bg hahha
Deletethanks
ReplyDelete